Status Hukum Skim Infinity Downline @
Login Facebook Dapat RM 100
Bertalu-talu orang
bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity
Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'.
Sebenarnya saya amat skeptic dengan
skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada
kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma
diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat
menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan
dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas
untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.
Padahal, helah pihak-pihak
penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu
mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin
untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan
antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan
amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada
kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu
yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi
soalan skim Infinity Downline yang
ditanyakan ini.
Beberapa perkara
perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana
skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya.
Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-
1.
Latar
belakang syarikat dan web
Menyemak website
utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang
pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi
tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.
Domain
"Whois"
The
Whois information for a website lists the owner and their contact information.
The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois
information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)
Meneliti web utama ID
juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan
pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui
kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang
sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.
Penilaian
saya:
Ia jelas satu unsur gharar yang
menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web
tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak
bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi
perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.
Bagi
pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois
atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak
mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat
'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.
Jika
sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu
salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan
nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land
line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada
pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka).
Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu
sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu,
whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu
point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok
bukan yang ranting.
2.
Asal
dan perkembangan syarikat
Memang benar,
kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan
peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara
yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.
Justeru dengan fakta
ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh
dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya
memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.
Penilaian
saya
: Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia
sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya
Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila
ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari
orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.
Justeru, pertumbuhan
skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia
juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak
kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai
TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut
hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.
3.
Produk
yang dijual
Sebagaimana
dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan
video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft,
excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio :
Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian
Beikurt pula senarai videonya
:-
Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec
Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec
Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec
Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46
bsec
Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec
download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05
Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec
Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec
Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec
Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec
Begitulah beberapa petikan
produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun
apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak
tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya
tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram seperti tajuk "forex trading"-
Forex trading terlalu banyak bercampur aduk dengan yang haram, manakala tajuk
tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi kekeliruan
terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya
berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu
sendiri atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali
mengambil kira displin perniagaan Islam. Tambahan pula
kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti
peserta.
Namun begitu, itu
bukanlah isu utama masalahnya dalam hujjah ini. Hujjah utamanya adalah
produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan
peserta,
kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak
mempunyai
sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh
dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti
ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan
gambaran skim sahaja.
Selain
itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya
dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct
to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar
sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup
kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai
isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam
sebuah skim perjudian dan juga riba.
Saya juga yakin majoriti
yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan
produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui
dan membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini
mensasarkan masalah pada produk. Sebenarnya apa
yang diingini adalah system reverse 2 up
yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya
seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen
yang merupakan keuntungan demi keuntungan.
Meneliti
promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan
mereka adalah untuk bergiat dalam system money
game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti
mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi
berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana
hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama
ada dari youtube, google search dan sebagainya.
SAMPAHKAH PRODUKNYA?
Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu
walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun
seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia
berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai
‘sampah' atau tidak.
Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah
produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La
Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran
sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi
tanggapan terpencil)
Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-
1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti
yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan
beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali. Hanya
sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh
ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.
2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh
peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia
dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia
sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang
haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu
bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta
seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.
4.
Plan
pembayaran komisyen ( compensation plan)
Perkara pertama yang
perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan
kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem
piramid, head hunting atau money game.
Seperti yang disebut
di atas, skim ini menggunakan system reverse
2 up.
REVERSE
TWO UP SYSTEM
Yang difahami darinya :
·
Dengan modal : RM100 ( 25 USD)
·
Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE)
kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke
akaun upline)
·
Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari
POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun
·
Perkara ini berlanjutan hingga
infiniti (melintang dan menegak)
CONTOH ; Seseorang
menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D)
SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi
kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.
Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)
Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000
Itulah
angan-angan
peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau
berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline
sendiri
Let's say that everyone
only gets 4 people their first week and duplicates...
Week 1
You get your 4, you pass 2 of them upline.
You keep 2. So 2 X $25 = $50
Week 2
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4.
So 4 X $25 = $100
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 3
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8.
So 8 X $25 = $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 4
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16.
So 16 X $25 = $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 5
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32.
So 32 X $25 = $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 6
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64.
So 64 X $25 = $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Let's skip to week 10...
Week 10
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024.
So 1024 X $25 = $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Dalam
web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk
yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di
atas. Sebagaimana
yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran
keahlian
dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah
keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya.
Ia jelas
sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.
YURAN
SETIAP BULAN
Ini adalah
petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus
dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan.
Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best
program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.
Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya
bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan
produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan
depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat
belum mengemaskinikan produknya, malah
tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka
atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak
mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah
juga mempunyai unsur perjudian.
Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap
bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak
menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem
kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.
Penilaian
saya:
Menurut pandangan saya,
sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila
produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan
hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa
hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.
Ia merupakan satu
bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi
perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate
yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk
miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang,
ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak
mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa
Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.
Ini jelas, pada
hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai
rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang
diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian
dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa
Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Sebagaimana juga
disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran
ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen
lumayan dari downline ( = Menang judi).
Tidak dinafikan sistem
komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner
khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus
artikel ini ditulis.
Tulisan ini
memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan
cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada
undang-undang muamalat Islam.
KESIMPULAN
AKHIR
1) Latarbelakang
syarikat ID diragui dan bermasalah.
2) Produk
ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan
tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID
adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3) Akibat
produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem
komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk
mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu
riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada
yuran dan bukan jualan produk.
4) Yuran
bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut
penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini.
Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda
juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam
perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan
umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung
tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber
dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset,
bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam
sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi
pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang
lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat
kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala
sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar,
demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam
menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum
kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan
ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak
bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada
sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan
menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci
maki di web ini.
Ada
yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat.
Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan
semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal
sendiri boleh ambil semula.
Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah
dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan
kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah
dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah
untuk menerima taubat kita.
Sekian
Abang_Padil
23.6.2012