Saturday, October 15, 2011

Maklumat Pencetakan dan Pengedaran Daniq serta Nisfu Dirham


www.zaimsaidi.org I zaim@wakalanusantara.com
Kepada Yth
Para Amir, Wazir, Al Wakil, Muhtasib, Muqadim, dan Umat Islam di mana pun berada
“Hai kaumku penuhilah takaran dan timbangan yang adil, dan janganlah engkau merugikan hak-hak manusia (dengan mencurangi nilai), dan janganlah berbuat zalim dengan melakukan kerusakan” (QS Hud: 85)
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah sallalahu alayhi wa salam bersabda, “Barangsiapa yang taat kepadaku maka sungguh ia taat kepada Allah dan barangsiapa yang mengingkari aku, maka sungguh ia telah ingkar kepada Allah. Barangsiapa mentaati Amirku maka ia telah taat kepadaku. Siapa yang mengingkari Amirku, maka sungguh ia telah ingkar kepadaku. (HR Muslim Bukhari)
Bismillahirrohmanirrohim,
Dengan mohon ridho Allah subhanahu wa ta’ala dengan ini saya, selaku Amir Indonesia,
memaklumatkan telah dicetak dan diedarkannya koin Dirham perak dengan satuan 1
Daniq (1/6 Dirham) dan 1/2 Dirham (nisfu Dirham), dengan ketetapan sbb:




Daniq Dirham Perak
1/6 Dirham (Daniq)
  1. Spesifikasi Koin:
    • Bahan : Perak Murni (99.95%)
    • Berat : 0.496 gr
    • Garis Tengah : 15 mm
  2. Tampak Penampang:
    • Sisi Muka (Observe)
      Gambar Ka’bah dalam perspektif, dengan sebagian kiswah terangkat, dengan marka berat (0.496 gr), satuan (1 Daniq Dirham) dan identitas
      Baitul Mal Nusantara.
    • Sisi Belakang (Reverse)
      Kalimat Tauhid: La illaha illa Allah, Muhammad Rasulullah, dengan
      sembilan bintang pada tepi lingkaran, dan tahun emisi 1431 H.
    • Sisi Luar
      Bergerigi


Koin Nisfu Dirham
1/2 Dirham
  1. Spesifikasi Koin:
    • Bahan : Perak Murni (99.95%)
    • Berat : 1.487 gr
    • Garis Tengah : 18 mm
  2. Tampak Penampang:
    • Sisi Muka (Observe)
      Gambar Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru), Istambul, dengan marka berat
      (1.487 gr), satuan (1/2 Dirham), dan identitas Baitul Mal Nusantara melingkar dari sisi kiri ke kanan
    • Sisi Belakang (Reverse)
      Kalimat Tauhid: La illaha illa Allah, Muhammad Rasulullah, dengan
      sembilan bintang pada tepi lingkaran, dan tahun emisi 1431 H.
    • Sisi Luar
      Bergerigi
Ketetapan mengenai nilai tukar daniq dan nisfu Dirham tersebut di atas berlaku secara tunggal, berlaku melalui Jaringan Wakala maupun di pasar-pasar, sebagaimana ditetapkan oleh Amirat Indonesia melalui Wakala Induk Nusantara (WIN), baik pada saat hari pasaran berlangsung maupun di luar hari pasaran, masing-masing setara dengan nilai 1/6 dan 1/2 koin 1 dirham. Koin daniq dan nisfu Dirham di atas memenuhi ketentuan syariat Islam, karenanya dapat digunakan untuk pembayaran zakat, kegiatan muamalat, dan keperluan lain menurut syariat.
Demikian maklumat ini diberitahukan kepada khalayak. Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberikan rahmat dan berkah-Nya atas ’amal kita semua, meneguhkan persatuan serta menjauhkan fitnah dan perpecahan di antara kita. Amin.
Depok, 14 Rabiul Akhir 1431 H/ 30 Maret 2010
Ma’asalam

Wednesday, October 5, 2011

Boleh ke jual duit? (maksud tersirat)

Untuk info aku je.. : (

Hukum Mengumpulkan Duit Kertas Baru & Lama Sebagai Koleksi



Soalan :


Assalamualaikum ustaz..

saya ada persoalan..
saya merupakan peminat dan pengumpul banknote (duit kertas) dan coin lama dan baru sebagai koleksi..

kemuskilan saya adalah apakah hukum menjual dan membeli duit-duit ini?

yang baru dan yang lama..
yang baru dan masih digunakan..
dijual kerana ianya adalah keluaran no siri terhad..
harap dapat sedikit penjelasan dari ustaz..

terima kasih

Jawapannya :

Menurut pandangan saya yang tidak seberapa ini, orang yang suka mengumpul duit-duit lama sebagai koleksi adalah harus dan duit tersebut tidak lagi mempunyai nilainya seperti waktu ia diperdagangkan. Duit lama tersebut mempunyai nilainya tertentu kerana ia menjadi antik dan sudah pasti harganya melonjak tinggi dari nilai sebenar duit tersebut.

Yang menjadi riba ialah apabila duit itu diperdagangkan dan masih digunakan lagi dalam muamalah negara tersebut. Contohnya kalau orang tersebut membeli duit seringgi dengan nilai seratus ringgit, maka itu menjadi riba disebabkan ada unsur lebihan dalam nilai sebenar duit tersebut.

Masalah beli duit kertas baru yang mempunyai nombor siri menarik dengan harga yang tinggi dari nilai duit tersebut. Di sini saya mempunyai dua jawapan iaitu :

  1. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dijadikan perhiasan dan koleksi, maka ia menjadi harus, kerana duit itu tidak diperdagangkan untuk jual beli barangan keperluan.
  2. Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dibeli dengan nilai harga yang tinggi dan digunakan dalam jual beli barangan, maka itu menjadi riba kerana ada unsur lebihan di situ. Begitu juga kepada orang yang mula-mulanya berniat untuk menjadikan duit yang mempunyai nombor siri menarik itu sebagai koleksi, tetapi orang tersebut tukar niatnya dan menggunakan duit tersebut untuk diperdagangkan, maka ini menjadi riba dan haram.

Harus kepada orang yang ingin melancong atau umrah ziarah menukar duitnya untuk urusan jual beli di negara tersebut. Ini bersesuaian dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum :
  1. Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
  2. Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat, bukan untuk mencari keuntungan semata.
  3. Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
  4. Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.

Kesimpulannya

Wang kertas yang lama atau antik dibeli dengan harga yang mahal untuk dijadikan perhiasan adalah harus kerana wang tersebut tiada nilainya lagi dan ia di nilai seperti barangan perhiasan. Harus juga bagi sesiapa yang suka menyimpan duit yang mempunyai no siri yang cantik dan menarik untuk dijadikan perhiasan dan koleksi. Haram dan riba bagi duit yang dijual dengan harga yang mahal untuk tujuan muamalah atau urusan jual beli, kerana disitu terdapat unsur lebihan.


info: ustaz

Saturday, October 1, 2011

Sistem Gadaian di Pusat Pajak Gadai – Memahami Sistem Riba

Sistem Gadaian di Pusat Pajak Gadai – Memahami Sistem Riba

Kini, dalam keadaan ekonomi duit kertas makin hari makin hilang nilai, timbul satu isu besar yang menjadi kegemaran segelintir pemain-pemain emas di sekitar nusantara (Malaysia dan Indonesia).
Isu ini adalah dengan mencari keuntungan dari kaedah pajak gadai di pusat-pusat pajak yang terdapat di serata tanah air.
Sebelum kita beralih kepada topik hukum dan akibat, mari kita melihat satu contoh yang diambil dari sebuah laman berkaitan bagaimana membuat gadaian di salah sebuah pusat pajak di malaysia (arrahnu).
—————————
Harga Emas di A*** Bank:- 999.9 = RM126.00/gram 916.0 = RM115.50/gram
Beliau menggadai:-
  • 50 gram X 1 keping
  • 20 gram X 2 keping
  • 1 Dinar X 6 keping
First time menggadai:- Anda akan dapat 60% sahaja pinjaman.
Kali ke-2 dan seterusnya:- Anda akan dapat 70% sahaja pinjaman
Beliau menggadaikan 1 Dinar dahulu untuk mencukupkan syarat gadaian pertama. Selepas itu,Emas-Emas  yang lain dah boleh dapat 70%!
Trick ini dipelajari dari ……..
Pengiraan:-
Gadaian pertama:
1 Dinar = 4.25 gram
Nilai Marhun: 4.25 gram X RM115.50 = RM490.87
Pinjaman: 60% X RM490.87 = RM 294.00
Upah Simpan: (RM490.87/RM100) X RM0.60 = RM2.94/bulan Murah!
Gadaian kedua:-
1 Dinar:-
Nilai Marhun: 5 X 4.25 X RM115.50 = RM 2,454.375
Pinjaman: 70% X RM2,454.375 = RM1,718.06
Upah Simpan: (RM2454.375/RM100) X RM0.70 = RM17.18/bulan
20 GRAM X 2 + 50 GRAM:-
Nilai Marhun: 90 gram X RM126.00 = RM11,340.00
Pinjaman: 70% X RM11,340.00 = RM7,938.00
Upah Simpan: (RM11,340/RM100) X RM0.70 = RM79.38/bulan
Jumlah Pinjaman: RM9950.00
Jumlah Upah Simpan: RM99.50/bulan
( secara detail bagaimana ianya boleh dibuat untung, kalian boleh rujuk http://www.berkebunemas.net/ )
———————————————-
Perbincangan Hukum
Gambaran secara sederhana transaksi invesmen emas tersebut adalah sistem beli gadai.
Kita beli emas dikedai emas kemudian kita gadaikan ke bank/arrahnu, setelah terima wang dari bank kita belikan emas lagi terus kita gadaikan lagi.
Kemudian pada saat harga emas tinggi kita tebus emas tersebut dari bank kemudian kita jual. Dari sistem tersebut jelas bahwa kita menggadaikan emas.
Ini bererti kita hutang ke bank dengan jaminan emas, adakah bunganya….?
Tentu saja ada meskipun dengan istilah yang berbeza, namanya pembiayaan sewa, pembiayaan bulanan, kos pemeliharaan/upah jaga, dan lain-lain (terserah sebutan mereka), bukankah mengambil keuntungan dari pinjam-meminjam disebut riba?
Mereka mengambil upah/kos menyimpan, sedangkan di dalam akad, mereka berhutang/gadai barangan mereka.
Dari manakah kita ingin mengetahui bahawa mengambil manfaat dari orang yang diberi hutang adalah riba?
Mari kita cuba merujuk pada hadis-hadis Nabi.
Abu Burdah ibn Abi Musa berkata : aku telah datang ke Madinah dan telah bertemu dengan Abdullah ibn Salaam (Rabbi yahudi yang telah memeluk islam) yang mana beliau berkata : Kamu (sekarang) hidup di negara yang mana riba adalah berleluasa, jika seseorang berhutang kepada kamu seseuatu dan memberikan kamu seberkas jerami, atau seberkas barli atau seikat jerami , jangan kamu menerimanya kerana ia adalah Riba.                              (Bukhari)
Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah bersabda : Jika kamu memberikan kepada seorang kelaki pinjaman dan dia menjemput kamu makan, janganlah makannya, kerana ia adalah RIBA! Tetapi bila dia menjemput kamu sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh makan. Dan sekali lagi baginda bersabda : jika kamu memberikan seseorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu menunggang di atas binatangnya, jangan kamu mengambilnya kerana itu adalah RIBA! Tetapi jika dia menawarkan kamu menunggang di atas binatangnya, sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh menerimanya.
(Sunan Albayhaqi)
Anas bin Malik juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : jika seorang lelaki memberikan pinjaman pada seseorang,dia tidak sepatutnya menerima hadiah (dia tidak boleh terima hadiah dari penghutang dalam keadaan hutangnya masih tidak dilangsaikan,tetapi dia boleh apabila pinjaman tersebut sudah dibayar kepadanya)                 (Bukhari)
Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda : keuntungan (imbuhan/kelebihan/manfaat ) yang didapati sesuatau pinjaman adalah satu dari kepelbagaian aspek dari RIBA. (Sunan Al-bayhaqi)
Kesimpulan dari 4 hadis di atas :
1 – Kehidupan di Madinah pada permulaan islam di sana penuh dengan ruang-ruang riba, dijelaskan bagaimana riba boleh terhasil oleh sahabat nabi Abdullah bin Salam (seorang ulama yahudi yang arif tentang selok belok riba).
2 – Orang yang berhutang tidak boleh memberi makan , mengajak pemberi hutang naik kenderaan sekali , memberi hadiah dan segala bentuk pemberian dalam keadaan hutang masih tidak dilangsaikan terlebih dahulu.
Ini mengelakkan si pemiutang mengambil kesempatan ke atas orang yang berhutang di atas kemurahan hatinya dalam memberikan hutang kepada yang berhutang.
Sistem spekulasi
Dari sistem tersebut kita tahu juga bahwa ada sifat spekulasi dalam transaksi tersebut, kalau harga emas naik berarti untung, kalau harga emas turun berarti rugi, meskipun kecenderungan harga emas naik, tetapi tidak ada yang dapat memastikan akan selalu naik.
Contohnya, kalau beli Dinar dari dia, orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada dia. Cuba lihat implikasi kepada proses ini.
Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual.
Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan “betting” atau “speculate” yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan ‘speculating’ menyamai perjudian?
Perlu diingatkan terdapat satu garis halus yang membezakan pelaburan dan perjudian.
Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram.
Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar?
Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.
Apakah islam membolehkan spekulasi? Yang pasti diuntungkan adalah bank, kerana bank mendapat bunga dari transaksi tersebut. Dan pemilik emas hanya boleh menanti dari tahun ke tahun mengharap harga emas naik sambil menanggung pembiayaan/kos bulanan (bunga) yang harus dibayar. Menurut saya kalau mahu simpan emas, simpan sahaja dalam bentuk dinar.
Sejatinya yang terjadi pada bekebun emas hanyalah menghutangkan sejumlah emas, atau menghutangkan sejumlah wang dengan memberikan sejumlah bunga (ditukar nama sebagai kos simpan). Tidak diragukan itu adalah riba.
Terlebih lagi bila diingat bahwa  emas dan wang adalah alat tolok ukur nilai barang, dan sebagai alat transaksi, dengan demikian bila wang dan emas digadaikan dengan mengambil keuntungan maka tidak diragukan itu adalah riba.
Ditambah lagi “GADAI” hanya ada bila ada piutang, tidak mungkin ada gadai bila tidak ada piutang. Kerananya, setiap keuntungan yang didapat dari gadai adalah bunga dan itu HARAM. (kos simpan itu adalah keuntungan yang dapat dari gadai emas)
Tetapi menggadaikan haiwan ternak yang memerlukan perawatan, maka bila pemilik haiwan ternak tidak memberi kos makan kepada ternaknya, maka pemberi piutang/penerima gadai haiwan berkewajiban memberi makan. Dan sebagai gantinya ia dibolehkan mengambil susu, atau menunggangi haiwan tersebut seharga makanan yang ia keluarkan, tidak lebih dan tidak kurang. Dengan demikian tidak ada keuntungan.
Kes berkebun wang atau gadai di Arrahnu ( yang selalu didengari istilah rempit di arrahnu) ini semakin mengingatkan kita bahwa umat kita benar-benar telah mengekori umat Yahudi yang melanggar aturan dan syari’аt Allah dengan sedikit tipu daya dan mencari akal.
Ingatlah satu pesanan Nabi
dari Jabir :
Rasulullah melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah.   (riwayat Muslim)
Allah telah berkata, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
skang ni, orang menjadikan gadai sebagai perniagaan, sedangkan hutang bukan jual beli.
Hakikat hari ini, orang yang menggadai dikaburi dengan perkataan ”kos simpan/upah simpan” yang sebenarnya kalau dalam istilah perbankan sendiri adalah bunga/interest/dividen..
Jika anda sudah ada dinar,sama ada anda menyimpannya atau menggunakannya.
Usahlah terikut-ikut dengan keuntungan sementara yang menipu.

Kita sudah tersesat dengan perbankan Islam, mahukah kita terus menerus disesatkan dalam bab Dinar?
Sekadar ingat-ingatan buat kita dalam menempuh dunia akhir zaman ini.
Mari kita ingat bahawa kehidupan kita hanyalah mencari keredhaan Allah.
Dengan menjauhkan riba mendapat keredhaan Allah, lebih baik dari keuntungan yang sedikit di atas dunia ini.

Hasbunallahu wa ni’mal wakil
—————————————–
Jika teguran ini benar, maka mari sama-sama kita bersyukur kerana kita beroleh peringatan, moga Allah lapangkan rezeki kita dari jalan yang lain, jauhkan diri dari terlibat lagi dalam peristiwa ini.
Jika teguran ini punyai kesilapan dan ayatnya keras, teguran dari kalian diperlukan.

Soal jawab hal Ar-Rahnu

Saya baru cuba-cuba dalam pelaburan emas ini. Beli emas 999 dari pembekal, RM200 1 gram. RM10k boleh dapat 50 gram. Lepas itu saya gadai di ArRahnu. ArRahnu ambil harga semasa RM203 x 50 gram x 70% = RM7105. Selepas itu saya beli lagi emas 999 maka dapatlah lagi 35.5 gram. Kemudian saya gadai semula, dan dapat wang : RM5048. Saya ulang-ulang hingga tiada duit baki. Adakah ini dibolehkan? Jika ya, adakah ini cara yang paling baik. Minta pendapat rakan yang sudah lebih berpengalaman.
· · · Yesterday at 4:25pm near Kuala Lumpur, Malaysia

 _____________________________________


Abd Rahman Bin Rahim  
Secara ilmiah apa yang tuan telah lakukan adalah seperti berikut:

Gadaian 1

harga semasa = RM203
gram = 50gm
nilai marhum = RM10,150.00
pinjaman 70% = RM7,105.00 ( emas 999 baru=35.5gm)
upah simpan =76.13 sebulan

Gadaian 2
harga semasa = RM203
gram = 35.5gm
nilai marhum = RM7,206.50
pinjaman 70% = RM5,044.55 ( emas 999 baru =25.2gm)
upah simpan =54.05 sebulan

Gadaian 3
harga semasa = RM203
gram = 25.2gm
nilai marhum = RM5,115.60
pinjaman 70% = RM3,580.92( emas 999 baru =17.9gm)
upah simpan =38.37 sebulan

Gadaian 4
harga semasa = RM203
gram = 17.9gm
nilai marhum = RM3,633.70
pinjaman 70% = RM2,543.59( emas 999 baru =12.7gm)
upah simpan =27.25 sebulan

Gadaian 5
harga semasa = RM203
gram = 12.7gm
nilai marhum = RM2,578.10
pinjaman 70% = RM1,804.67( emas 999 baru =9.0gm)
upah simpan =19.34 sebulan

Gadaian 6
harga semasa = RM203
gram = 9.0gm
nilai marhum = RM1,827.00
pinjaman 70% = RM1,278.90( emas 999 baru =6.3gm)
upah simpan =19.34 sebulan

Dari kajian kes diatas tuan mungkin berhenti pada gadaian 5. maka:

nilai emas tersimpan di ar-rahnu 100.3gm
nilai pinjaman 70% terkumpul =RM20, 078.73
upah simpan terkumpul sebulan = RM215.14

Jika ar-rahnu tuan adalah Agro Bank, maka cadangan bayaran bulanan yang disyorkan oleh pihak ar-rahnu adalah :

RM1,825.34 + RM215.14 = RM2,040.48 setiap bulan.

Pada pendapat saya jika tuan ada back-up plan yang baik, tuan tidak akan hadapi masalah. Secara peribadi cara ini hanya bagi yang mampu sahaja, kerana jika dilihat dari kira kasar diatas risikonya adalah BESAR.

Cara ini dibolehkan atau tidak, saya berpegang pada prinsip 'lebih baik dielakkan' kerana risikonya terlalu besar.

Dari sudut pandangan agama, berhutang untuk meneruskan keperluan kehidupan (samada mencari modal untuk perniagaan untuk menyara diri,membeli makanan dan pakaian dsb) adalah harus, kerana lebih baik dari meminta-minta.

Jika digunakan untuk 'berlebih-lebihan' dan dengan cara berisiko, maka akan jatuh makruh juga. Lalu jika membawa lebih kemudaratan berbanding kebaikan maka akan jatuh haram.

Sekadar menyumbang pendapat. terima kasih.
Sekadar berkongsi pendapat. wallahu alam bissawab.

Laman2 WEB untuk DnD

Laman2 WEB untuk DnD

Dinar dan Dirham,Kalimah Tauhid dan Masuk Tandas

Dinar dan Dirham,Kalimah Tauhid dan Masuk Tandas.

Ramai orang berpegang kepada fatwa yang tegas melarang kalimah toyyibah dibawa ke dalam tandas, dan jika diperhatikan kesemuanya berpegang kepada hadith berikut sebagai dalil:

-حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ عَنْ هَمَّامٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ قَالَ أبو داود هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ وَإِنَّمَا يُعْرَفُ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ سَعْدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ ثُمَّ أَلْقَاهُ وَالْوَهْمُ فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ وَلَمْ يَرْوِهِ إِلا هَمَّام

terjemahan hadith dalam sunan Abi Dawud No. 19

Nasr bin Ali telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Ali al-Hanafi daripada Hammam daripada Ibnu Juraij daripada Zuhri daripada Anas, beliau berkata: “Nabi s.a.w. bila hendak masuk ke tempat sunyi (untuk qada hajat) baginda meletakkan cincinnya (di luar)”.

Sedangkan Abu Dawud sendiri mengatakan hadits ini adalah hadits mungkar. Hadits ini hanya diketahui daripada Ibnu Juraij daripada Ziyad bin Sa’d daripada Zuhri daripada Anas: “Bahawa Nabi s.a.w. telah memakai cincin perak kemudian baginda membuangnya”. ‘Waham’ dalam hadits ini berpunca dari Hammam dan tidak ada yang meriwayatkannya selain daripada Hammam.

Hujahnya, hadith ini adalah hadith dhaif, didhaifkan sendiri oleh Imam abu Dawud kerana Imam Abu Dawud sendiri telah mengatakan hadith ini hadith mungkar.

Saya sendiri berhati-hati, biasa saya tanggalkan key-chain saya dan masukkan ke dalam poket, berpegang kepada satu lagi hadith yang lebih sahih mengatakan Nabi s.a.w. menterbalikkan dan menggenggam cincin baginda bila masuk ke tandas untuk qada hajat

Wallahu'alam.

Dari Abu Alexhttp://www.facebook.com/profile.php?id=1274680259

Zakat Fitrah guna Dirham atau Makanan

Zakat Fitrah Dengan Dirham atau Makanan? – Mengembalikan Hidup Mengikut Sunnah

Masalah ini termasuk di antara kajian yang banyak menjadi tema pembahasan di beberapa kalangan dan kelompok yang memiliki semangat dalam dunia Islam. Tidak hairan, jika kemudian pembahasan ini meninggalkan perbezaan pendapat.


Sebagian melarang pembayaran zakat menggunakan wang secara mutlak, sebagian membolehkan dengan bersyarat, dan sebagian membolehkan tanpa syarat. Yang menjadi masalah adalah sikap yang dilakukan orang awam. Umumnya pemilihan pendapat yang paling kuat menurut mereka, lebih banyak didasari logik sederhana dan jauh dari ketundukan terhadap dalil. Jauhnya seseorang dari ilmu agama menyebabkan dirinya begitu mudah mengambil keputusan dalam peribadatan yang mereka lakukan. Seringnya orang terjerumus ke dalam qiyas (analogi) padahal sudah ada dalil yang tegas.


Tulisan ini bukanlah dalam rangka menghakimi dan memberi kata putus untuk perselisihan pendapat tersebut. Namun, tulisan ini tidak lebih dari sebatas bentuk upaya untuk mewujudkan kecemburuan terhadap sunnah Nabi dan dalam rangka menerapkan firman Allah, yang artinya:


“Jika kalian berselisih pendapat dalam masalah apapun maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul, jika kalian adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir.” (Qs. An Nisa’: 59)
Allah menegaskan bahwa siapa saja yang mengaku beriman kepada Allah dan hari kiamat maka setiap ada masalah dia wajib mengembalikan permasalahan tersebut kepada Al Qur’an dan As Sunnah. Siapa yang tidak bersikap demikian berarti ada masalah terhadap imannya kepada Allah dan hari akhir.

Pada kajian ini, terlebih dahulu akan disebutkan peraselisihan pendapat ulama, kemudian ditarjih (dipilih pendapat yang lebih kuat). Pada kesempatan ini, penulis akan lebih banyak mengambil faedah dari risalah Ahkam Zakat Fitri karya Nida’ Abu Ahmad.

Perselisihan Ulama

Terdapat dua pendapat ulama dalam masalah ini. Pertama membolehkan pembayaran zakat fitri menggunakan mata wang, kedua melarang pembayaran zakat fitri menggunakan mata wang. Permasalahannya kembali pada status zakat fitri. Apakah status zakat fitri itu sebagaimana zakat harta ataukah statusnya sebagai zakat badan? Jika statusnya sebagaimana zakat harta maka prosedur pembayarannya sebagaimana zakat harta perdagangan. Pembayaran zakat perdagangan, tidak menggunakan benda yang diperdagangkan. Namun menggunakan wang yang senilai dengan zakat yang dibayarkan. Sebagaimana juga zakat emas dan perak. Pembayarannya tidak harus menggunakan emas atau perak, namun boleh menggunakan mata wang yang senilai.

Sebaliknya, jika status zakat fitri ini sebagaimana zakat badan, maka prosedur pembayarannya mengikuti prosedur pembayaran Kaffarah untuk semua jenis pelanggaran. Dimana sebab adanya Kaffarah ini adalah adanya pelanggaran yang dilakukan oleh badan dan bukan kewajiban kerana harta. Pembayaran Kaffarah harus menggunakan apa yang telah ditetapkan, dan tidak boleh menggunakan selain yang ditetapkan.

Jika seseorang membayar Kaffarah dengan selain yang ditetapkan maka kewajibannya untuk membayar Kaffarah belum gugur dan harus diulangi. Misalnya, seseorang melakukan pelanggaran berupa hubungan suami istri di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang dibenarkan. Kaffarah untuk pelanggaran ini adalah membebaskan budak, atau puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang fakir miskin, dengan urutan sebagaimana yang disebutkan. Seseorang tidak boleh membayar Kaffarah dengan menyedekahkan wang seharga hamba, karena tidak menemukan hamba.

Demikian pula, tidak boleh berpuasa tiga bulan namun putus-putus (tidak berturut-turut). Juga tidak boleh memberi wang RM 50; kepada 60 fakir miskin. Karena Kaffarah harus dibayarkan sama sebagaimana yang ditetapkan.

Di manakah posisi zakat fitrah?

Sebagaimana yang dijelaskan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, pendapat yang lebih tepat dalam masalah ini adalah bahawasanya zakat fitri itu mengikuti prosedur Kaffarah. Karena zakat fitri adalah zakat badan dan bukan harta.

Di antara dalil yang menunjukkan bahwa zakat fitri adalah zakat badan dan bukan harta adalah pernyataan Ibn Abbas dan Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma tentang zakat fitri:


1. Ibn Umar radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitri, …. bagi kaum muslimin, hamba maupun orang merdeka, laki-laki maupun wanita, anak kecil maupun orang dewasa. …” (HR. Al Bukhari & Muslim)

2. Ibn Abbas radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitri, sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa & perbuatan atau ucapan buruk….” (HR. Abu Daud & dihasankan Syaikh Al Albani)

Dua riwayat ini menunjukkan bahwasanya zakat fitri statusnya adalah zakat badan dan bukan zakat harta. Berikut adalah beberapa alasannya:


1. Adanya kewajiban zakat bagi anak-anak, budak, dan wanita. Padahal mereka adalah orang-orang yang umumnya tidak memiliki harta. Terutama budak, jasad dan hartanya semuanya adalah milik tuannya. Jika zakat fitri merupakan kewajiban karena harta maka tidak mungkin orang yang sama sekali tidak memiliki harta diwajibkan untuk dikeluarkan zakatnya.

2. Salah satu fungsi zakat adalah penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa & perbuatan atau ucapan jorok. Fungsi ini menunjukkan bahwa zakat fitri statusnya sebagaimana Kaffarah untuk kekurangan puasa seseorang.


Apa konsekuensi hukum jika zakat fitri statusnya sebagaimana Kaffarah?

Ada dua konsekuensi hukum ketika status zakat fitri itu sebagaimana Kaffarah:


1. Harus dibayarkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan yaitu bahan makanan.

2. Harus diberikan kepada orang yang memerlukan untuk menutupi hajat hidup mereka, yaitu fakir miskin. Sehingga tidak boleh diberikan kepada amil, muallaf, hamba, masjid dan golongan yang lainnya. (lih. Majmu’ Fatawa Syaikhul Islam 25/73)

Sebagai tambahan wacana berikut kami sebutkan perselisihan ulama dalam masalah ini:

Pendapat yang membolehkan pembayaran zakat fitri dengan wang.

Ulama yang berpendapat demikian adalah Umar bin Abdul Aziz, Al Hasan Al Bashri, Atha’, Ats Tsauri, dan Abu Hanifah.

Diriwayatkan dari Al Hasan Al Bashri bahwasanya beliau mengatakan: “Tidak mengapa memberikan zakat fitri dengan dirham.”

Diriwayatkan dari Abu Ishaq, beliau mengatakan: “Aku menjumpai mereka (Al Hasan dan Umar bin Abdul Aziz) sementara mereka menunaikan zakat Ramadhan (zakat fitri) dengan beberapa dirham yang senilai bahan makanan.”

Diriwayatkan dari Atha’ bin Abi Rabah, bahwasanya beliau menunaikan zakat fitri dengan waraq (dirham dari perak).

Pendapat yang melarang pembayaran zakat fitri dengan uang

Pendapat ini merupakan pendapat yang dipilih oleh majoriti ulama. Mereka mewajibkan pembayaran zakat fitri menggunakan bahan makanan dan melarang membayar zakat dengan mata wang. Di antara ulama yang berpegang pada pendapat ini adalah Imam Malik, Imam As Syafi’i, dan Imam Ahmad. Bahkan Imam Malik & Imam Ahmad secara tegas menganggap tidak sah membayar zakat fitri mengunakan mata wang. Berikut nukilan perkataan mereka:

Perkataan Imam Malik

Imam Malik mengatakan: “Tidak sah seseorang yang membayar zakat fitri dengan mata wang apapun. Tidak demikian yang diperintahkan Nabi.” (Al Mudawwanah Syahnun)
Imam Malik juga mengatakan: “Wajib menunaikan zakat fitri satu sha’ bahan makanan yang umum di negeri tersebut pada tahun itu (tahun pembayaran zakat fitri).” (Ad Din Al Khas)

Perkataan Imam Asy Syafi’i

Imam Asy Syafi’i mengatakan: “Wajib dalam zakat fitri dengan satu sha’ dari umumnya bahan makanan di negeri tersebut pada tahun tersebut.” (Ad Din Al Khas)

Perkataan Imam Ahmad

Al Khiraqi mengatakan: “Siapa yang menunaikan zakat menggunakan mata wang maka zakatnya tidak sah.” (Al Mughni Ibn Qudamah)

Abu Daud mengatakan: “Imam Ahmad ditanya tentang pembayaran zakat mengunakan dirham, beliau menjawab: “Aku khawatir zakatnya tidak diterima, karena menyelisihi sunnah Rasulullah.” (Masail Abdullah bin Imam Ahmad, dinukil dalam Al Mughni 2/671).

Dari Abu Thalib, bahwasanya Imam Ahmad kepadaku: “Tidak boleh memberikan zakat fitri dengan nilai mata wang.” Kemudian ada orang berkomentar kepada Imam Ahmad: “Ada beberapa orang yang mengatakan bahwa Umar bin Abdul Aziz membayar zakat menggunakan mata wang.” Imam Ahmad marah dengan mengatakan: “Mereka meninggalkan hadis Nabi dan berpendapat dengan perkataan fulan. Padahal Abdullah bin Umar mengatakan: “Rasulullah mewajibkan zakat fitri satu sha’ kurma, atau satu sha’ gandum.” Allah juga berfirman: “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul.” Ada beberapa orang yang menolak sunnah dan mengatakan: fulan ini berkata demikian, fulan itu berkata demikian.” (Al Mughni Ibn Qudamah 2/671)

Dlahir madzhab Imam Ahmad bahwasanya beliau berpendapat tidak sah-nya membayar zakat fitri dengan nilai mata wang.

Beberapa perkataan ulama lainnya:

- Syaikhul Islam Ibn Taimiyah mengatakan: “Allah mewajibkan pembayaran zakat fitri dengan bahan makanan sebagaimana Allah mewajibkan pembayaran Kaffarah dengan bahan makanan.” (Majmu’ Fatawa)

- Taqiyuddin Al Husaini As Syafi’i, Penulis kitab Kifayatul Akhyar (kitab fiqh madzhab Syafi’i) mengatakan: “Syarat sah-nya pembayaran zakat fitri harus berupa biji (bahan makanan). Tidak sah menggunakan mata wang, tanpa ada perselisihan dalam masalah ini.” (Kifayatul Akhyar 1/195)

- An Nawawi mengatakan: “Ishaq dan Abu Tsaur berpendapat tidak boleh membayar zakat fitri menggunakan wang kecuali dalam keadaan darurat.” (Al Majmu’)

- An Nawawi mengatakan: “Tidak sah membayar zakat fitri dengan mata wang menurut madzhab kami. Pendapat ini juga yang dipilih oleh Malik, Ahmad dan Ibnul Mundzir.” (Al Majmu’)

- As Syaerazi As Syafi’i mengatakan: “Tidak boleh menggunakan nilai mata wang untuk zakat. Karena kebenaran adalah milik Allah. Dan Allah telah mengkaitkan zakat sebagaimana yang Dia tegaskan (dalam firmannya), maka tidak boleh mengganti hal itu dengan selainnya. Sebagaimana berqurban, ketika Allah kaitkan hal ini dengan binatang ternak maka tidak boleh menggantinya dengan selain binatang ternak.” (Al Majmu’)

- Ibn Hazm mengatakan: “Tidak boleh menggunakan wang yang senilai (dengan zakat) sama sekali. Juga, tidak boleh mengeluarkan satu sha’ campuran dari beberapa bahan makanan, sebagian gandum dan sebagian kurma. Tidak sah membayar dengan nilai mata wang sama sekali. Kerana semua itu tidak diwajibkan (diajarkan) Rasulullah” (Al Muhalla bi Al Atsar 3/860)

- As Syaukani berpendapat tidak bolehnya menggunakan mata wang kecuali jika tidak memungkinkan membayar zakat dengan bahan makanan.” (As Sailul Jarar 2/86)

Di antara ulama abad ini yang mewajibkan membayar dengan bahan makanan adalah Syaikh Ibn Baz, Syaikh Ibn Al Utsaimin, Syaikh Abu Bakr Al Jazairi dan yang lainnya. Mereka mengatakan bahwa zakat fitri tidak boleh dibayarkan dengan selain makanan dan tidak boleh menggantinya dengan mata wang, kecuali dalam keadaan darurat. Karena tidak terdapat riwayat bahwa Nabi mengganti bahan makanan dengan mata wang. Bahkan tidak dinukil dari seorang pun sahabat bahwa mereka membayar zakat fitri dengan mata uang. (Minhajul Muslim 251)


Dalil-dalil masing-masing pihak

Dalil ulama yang membolehkan pembayaran zakat fitri dengan wang.

Dalil riwayat yang disampaikan adalah pendapat Umar bin Abdul Aziz dan Al Hasan Al Bashri. Sebagian ulama menegaskan bahwa mereka tidak memiliki dalil nash (al Qur’an, Al Hadis, atau perkataan sahabat) dalam masalah ini.

Istihsan (menganggap lebih baik) Mereka menganggap mata wang itu lebih baik dan lebih bermanfaat untuk orang miskin dari pada bahan makanan.

Dalil dan alasan ulama yang melarang pembayaran zakat dengan mata wang.

Pertama, riwayat-riwayat yang menegaskan bahwa zakat fitri harus dengan bahan makanan.

1. Dari Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitri, berupa satu sha’ kurma kering atau gandum kering…” (HR. Al Bukhari & Muslim)

2. “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitri, ……sebagai makanan bagi orang miskin…” (HR. Abu Daud & dihasankan Syaikh Al Albani)

3. Dari Abu Said Al Khudzri radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan: “Dulu kami menunaikan zakat fitri dengan satu sha’ bahan makanan, atau satu sha’ gandum, atau satu sha’ kurma, atau satu sha’ keju atau stu sha’ anggur kering.” (HR. Al Bukhari & Muslim)

4. Abu Sa’id Al Khudzri radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Dulu, di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kami menunaikan zakat fitri dengan satu sha’ bahan makanan.” Kemudian Abu Sa’id mengatakan: “Dan makanan kami dulu adalah gandum, anggur kering (zabib), keju (Aqith), dan kurma.” (HR. Al Bukhari 1439)

5. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengatakan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menugaskanku untuk menjaga zakat Ramadhan (zakat fitri). Kemudian datanglah seseorang mencuri makanan, lalu aku berhasil menangkapnya….dst.” (HR. Al Bukhari 2311)

Kedua, alasan para ulama yang melarang pembayaran zakat dengan mata wang.

1. Zakat fitri adalah ibadah yang telah ditetapkan ketentuannya.

Termasuk yang telah ditetapkan dalam masalah zakat fitri adalah jenis, takaran, waktu pelaksanaan, dan tata cara pelaksanaan. Seseorang tidak boleh mengeluarkan zakat fitri selain jenis yang telah ditetapkan, sebagaimana tidak sah membayar zakat di luar waktu yang ditetapkan.

Imam Al Haramain Al Juwaini As Syafi’i mengatakan: “Bagi Madzhab kami, sandaran yang dipahami bersama dalam masalah dalil, bahwa zakat termasuk bentuk ibadah kepada Allah. Dan semua yang merupakan bentuk ibadah maka pelaksanaannya adalah mengikuti perintah Allah.” Kemudian beliau membuat permisalan: “Andaikan ada orang yang mengatakan kepada utusannya (wakilnya): “‘Beli pakaian!’ sementara utusan ini tahu bahwa tujuan majikannya adalah berdagang, kemudian utusan ini melihat ada barang yang lebih manfaat bagi majikannya (dari pada pakaian), maka sang utusan ini tidak berhak menyelisihi perintah majikannya. Meskipun dia melihat hal itu lebih manfaat dari pada apa yang diperintahkan. (jika dalam masalah semacam ini saja wajib ditunaikan sebagaimana amanah yang diberikan) maka apa yang Allah wajibkan melalui perintahNya lebih layak untuk diikuti.”

Harta yang ada di tangan kita semuanya adalah harta Allah. Posisi manusia hanyalah sebagaimana wakil. Sementara wakil tidak berhak untuk bertindak diluar yang diperintahkan. Jika Allah memerintahkan kita untuk memberikan makanan kepada fakir miskin, namun kita selaku wakil justru memberikan selain makanan, maka sikap ini termasuk di antara bentuk pelanggaran yang layak untuk mendapatkan hukuman. Dalam masalah ibadah, termasuk zakat, selayaknya kita kembalikan sepenuhnya kepada aturan Allah. Jangan sekali-sekali melibatkan campur tangan akal dalam masalah ibadah. Karena kewajiban kita adalah taat sepenuhnya.

Oleh karena itu, membayar zakat fitri dengan wang berarti menyelisihi ajaran Allah dan RasulNya. Dan sebagaimana telah diketahui bersama, menunaikan ibadah yang tidak sesuai dengan tuntunan Allah dan RasulNya adalah ibadah yang tertolak.

2. Di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum sudah ada mata wang dinar dan dirham.

Namun yang beliau praktikkan bersama para sahabat adalah membayarkan zakat fitri menggunakan bahan makanan dan bukan menggunakan dinar atau dirham. Padahal beliau adalah orang yang paling paham akan keperluan umatnya, dan paling kasih sayang terhadap fakir miskin, bahkan paling kasih sayang kepada seluruh umatnya. Allah berfirman tentang beliau, yang artinya:

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (Qs. At Taubah: 128)

Siapakah yang lebih memahami cara untuk mewujudkan belas kasihan melebihi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam? Siapakah yang lebih paham tentang keperluan umat yang dicintainya melebihi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam? Sebut saja misalnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak tahu perasaan orang lain. Tapi, bukankah Allah maha tahu? Maka sikap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melalui wahyu Allah ta’ala adalah bukti akan kasih sayang dan ilmu Allah kepada hambaNya.

3. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa jenis bahan makanan, beliau tidak memberi kesimpulan: “…atau yang senilai dengan itu semua itu…” Jika dibolehkan mengganti bahan makanan dengan wang tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan menjelaskannya. Kerana beliau adalah orang yang sangat pemurah terhadap ilmu agama. Tidak mungkin hal itu akan beliau diamkan sementara ini adalah perkara agama yang penting.

Dalam masalah ini terdapat satu kaedah fiqh yang patut untuk diperhatikan:

السكوت في مقام البيان يفيد الحصر

“Tidak ada penjelasan (didiamkan) untuk masalah yang harusnya diberi keterangan menunjukkan makna pembatasan.”

kaedah ini disebutkan oleh Shidddiq Hasan Khan dalam Ar Raoudlah An Nadiyah. Berdasarkan kaedah ini, seringkali Ibn Hazm ketika menyebutkan sesuatu yang tidak ada dalilnya, beliau mengutip ayat Allah:

وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

“Tidaklah Tuhanmu pernah lupa.” (Qs. Maryam: 64)

Maka diamnya Allah ta’ala atau diamnya Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga tidak menyebutkan bolehnya membayar zakat menggunakan wang, tidaklah karena Allah atau RasulNya itu lupa. Maha Suci Allah dari sifat lupa. Namun ini menunjukkan bahwa hukum tersebut dibatasi dengan apa yang Allah jelaskan. Sedangkan, selain apa yang telah Allah dan RasulNya jelaskan tidak termasuk dalam ajaran yang Allah tetapkan.

Oleh kerana itu, jika telah diketahui bahwasanya di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah ada dinar dan dirham, sementara beliau tidak pernah menggunakan mata wang tersebut untuk membayar zakat fitri beliau, demikian pula, beliau tidak pernah memerintahkan atau mengajarkan para sahabat untuk membayar zakat fitri dengan mata wang, maka ini menunjukkan tidak bolehnya membayar zakat fitri menggunakan mata wang. Kerana mata wang untuk pembayaran zakat fitri tidak pernah dijelaskan oleh Allah dan RasulNya. Dan sekali lagi, Allah dan RasulNya tidaklah lupa.

4. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa jenis bahan makanan dengan ukuran satu sha’ untuk pembayaran zakat fitri.

Sementara telah dipahami bersama bahwa harga masing-masing berbeda. Satu sha’ gandum jelas berbeza harganya dengan satu sha’ kurma. Demikian pula, satu sha’ anggur kering jelas berbeza harganya dengan satu sha’ keju (aqith). Padahal, jenis-jenis bahan makanan itulah yang digunakan oleh sahabat untuk membayar zakat fitri.

Lantas, dengan bahan makanan yang manakah yang benar–benar dijadikan acuan untuk menentukan nilai mata uang?

An Nawawi mengatakan: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan beberapa bahan makanan yang harganya berbeza. Sedangkan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan pembayaran zakat fitri untuk semua jenis makanan sebanyak satu sha’. Maka ini menunjukkan bahwa yang dijadikan acuan adalah ukuran sha’ bahan makanan dan tidak melihat harganya.” (Syarh Muslim)

Ibnul Qashar mengatakan: “Menggunakan mata wang adalah satu hal yang tidak memiliki alasan. Kerana harga kurma dan harga gandum itu berbeza.” (Syarh Shahih Al Bukhari Ibn Batthal)

Mari kita perhatikan perkataan Abu Sa’id Al Khudzri radhiallahu ‘anhu: “Dulu, di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kami menunaikan zakat fitri dengan satu sha’ bahan makanan.” Kemudian Abu Sa’id mengatakan: “Dan makanan kami dulu adalah gandum, anggur kering (zabib), keju (aqith), dan kurma.” (HR. Al Bukhari 1439)

Penegasan Abu Sa’id: “Dulu di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam….” menunjukkan hukum dan ajaran yang disampaikan Abu Said statusnya sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana kejadian yang dilakukan para sahabat radhiallahu ‘anhu di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lebih-lebih dalam masalah ibadah seperti zakat, dapat dipastikan bahwa hal itu terjadi di bawah pengawasan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan persetujuan beliau. Demikian yang dijelaskan oleh Al Hafidz Ibn Hajar.

Kemudian Al Hafidz Ibn Hajar memberikan keterangan untuk perkataan Abu Said Al Khudzri tersebut:
Semua bahan makanan yang disebutkan dalam hadis Abu Said Al Khudzri, ketika cara membayarnya menggunakan ukuran yang sama (yaitu semuanya satu sha’, pen.), sementara harga masing-masing berbeda, ini menunjukkan bahwasanya yang menjadi prosedur zakat adalah membayarkan seukuran tersebut (satu sha’) dari bahan makanan apapun.” (Fathul Bari 3/437)

Ringkasnya, tidak mungkin nilai wang untuk pembayaran zakat boleh ditetapkan. Tidak ada yang boleh dijadikan sebagai ukuran standard. Kerana jenis bahan makanan yang ditetapkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bermacam-macam, padahal harganya berbeza-beza, sementara ukurannya sama, yaitu satu sha’. Benarlah apa yang dikatakan Ibnul Qosim Al Maliki: “Masing-masing penduduk negeri mengeluarkan zakatnya menggunakan bahan makanan yang umumnya digunakan. Kurma adalah bahan makanan penduduk madinah, penduduk Mesir tidak mengeluarkan zakat kecuali bur (gandum), sampai harga bur mahal kemudian bahan makanan yang umum mereka pakai menjadi sya’ir (gandum kasar), dan boleh (untuk dijadikan zakat) bagi mereka.” (Dinukil oleh Ibnu Batthal dalam Syarh Shahih Al Bukhari, yang diambil dari kitab Al Mudawwanah)

Catatan dan kesimpulan

Jika masih ada sebagian orang yang belum menerima sepenuhnya zakat fitri dengan makanan, kerana beralasan bahwa wang itu lebih bermanfaat, maka mari kita analogikan kes zakat fitri ini dengan kes qurban. Apa yang boleh anda bayangkan ketika daging bertimbun di hampir semua daerah. Bahkan sampai ada yang busuk, atau ada yang muntah dan loya ketika melihat daging. Bukankah wang seharga daging lebih mereka perlukan? Lebih-lebih bagi mereka yang tidak makan daging. Akankah kita katakan: “Dibolehkan berqurban dengan wang seharga daging, sebagai keadilan untuk orang yang tidak makan daging?”

Orang yang berpendapat demikian bboleh kita pastikan adalah orang yang terlalu jauh dari pemahaman agama yang benar.

Oleh karena itu, setelah dipahami pembayaran zakat fitri hanya dengan bahan makanan, maka kita tidak boleh menggantinya dengan mata wang selama bahan makanan masih ada. Karena terdapat kaedah dalam ilmu fiqh:
لا ينتقل إلى البدل إلا عند فقد المبدل عنه

“Tidak boleh berpindah kepada ‘pengganti’ kecuali jika yang ‘asli’ tidak ada.”

Yang “asli” adalah bahan makanan (beras), sedangkan “pengganti” segala sesuatu selain beras.
Semoga bermanfaat…

————-
rujukan : http://umaralfateh.wordpress.com/2010/11/13/zakat-fitrah-dengan-dirham-atau-makanan-mengembalikan-hidup-mengikut-sunnah/

Sejarah Dinar dan Dirham

Soalan STPM-Huraikan sejarah penciptaan dan pengguanaan mata wang Islam dalam aktiviti ekonomi Islam.

Pendahuluan

  1. -Negara Islam Madinah ditubuhkan oleh Nabi Muhammad S.a.w. pada tahun 622M.Penubuhan negara Islam Madinah menandakan bermulanya cara hidup Islam yang meliputi juga sistem ekonomi Islam.Selaras dengan itu mata wang Islam turut diperkenalan Nabi Muhammads.a.w telah menggalakkan umat Islam supaya melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain.
  2. -Ekonomi Islam adalah sistem ekonomi yang berdasarkan al-Quran.Oleh itu ekonomi Islam adalah lengkap dan mampu menyelesaikan masalah keperluan kehidupan manusia.

Isi

Sejarah penciptaan dan penggunaan mata wang Islam dalam aktiviti umat Islam

-Pada zaman Jahiliah,masyarakat Arab menggunakan mata wang Parsi dan Rom iaitu wang dirham perak dan wang dinar emas.Mereka juga menggunakan mata wang Himyar yang mempunyai gambar burung hantu Attic

  1. Mata wang Islam mula dibentuk pada masa pemerintahan khalifah Umar al-Khattab(13-23H).Khalifah Umar telah mengadakan standardisasi mata wang perak.Manakala mata wang emas mereka menggunakan sistem nomisma.
  2. Khalifah Ali bin Abi Talib mengeluarkan mata wang dirham yang ditulis dengan khat Kufi.Baginda merupakan oarang pertama yang mengadakan reformasi mata wang Islam yang dilakukan di kota Basrah pada tahun 660M dengan memperkenalkan mata wang dirham Islam yang ditulis dengan khat Kufi.Pada waktu itu mata wang bar ini belum dapat diedarkan secara rasmi di pasaran disebabkan kualiti yang masih rendah dan piawainya yang belum tetap.
  3. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah,Abdul Malik bin Marwan(65-86H) telah memperkenalkan mata wang baru iaiti dinar emas dan dirham perak yang bercirikan Arab-Islam.Mata wang itu direka khas dan disesuaikan  dengan kehendak Islam dan juga menunjukkan kekuasaan Bani Umaiyah.Bentuk ukirannya ditulis dengn perkataan Allh dan juga tanda mohor khalifah.Gabenor-gabenornya turut mencetak mata wang misalnya gabenor di wilayah Iraq iaitu al-Hajjaj telah mencetak mata wang dirham,manakala gabenor Mesir,Abdul Aziz pula mencetak mata wang dinar.
  4. Mata wang dirham yang dihasilkan adalah berdasarkan timbangan mata wang emas Rom  iaitu 425 garam.Mata wang baru ini lebih ringan dan menjadi lebih popular daripada mata wang lama.Mata wang yang dihasilkan ini lebih ringan berbanding dengan mata wang emas Rom,menyebabkan ia mudah diedarkan di seluruh dunia.Ia juga dapat mengurangkan sikap bergantung kepada mata wang asing.
  5. Pada zaman itu juga wujud mata wang fals yang diperbuat daripada tembaga,di atasnya tertulis tulisan khat kufi dengan gambar patung.Mata wang ini dipercayai mata wang asing yang diubahsuai dengan ciri-ciri Islam.
  6. Pada zaman Bani Abbasiah pula,penggunaan wang dinar emas digunakan dalam perbelanjaan negara.Khalifah Abu Bakar al-Mansur(136-158H) telah memperkenalkan mata wang =   diperbuat daripada emas dan perak yang kurang bermutu untuk menggantikan mata =Umaiyah.Mata wang tersebut dikeluarkan untuk mengatasi masalah perbelanjaan negara yang semakin bertambah.Semasa pemerintahan al-Makmun(198-218H),percetakan wang diselaraskan oleh kerajaan pusat di Baghdad kerana sebelum itu ia dicetak di semua bandar besar di seluruh  dunia Islam.Selepas kejatuhan Bani Abbasiah(1258H),dinar emas terakhir dicetak tanpa menggunakkan perkataaan dinar.
  7. Di India,Sultan Muhammad Tughluq (1325-1351) telah mencipta wang kecil yang berupa wang syiling tembaga dalam usahanya untuk menwujudkan sistem kewangannya sendiri.Walau bagaimanapun usaha tersebut gagal kerana tiada kawalan ketat terhadap pengeluaran wang tersebut sehingga menyebabkan terjejasnya aktiviti perdagangan kerajaan Tughluq.
  8. Di Nusatara,mata wang Islam telah dihasilkan oelh kerajaan Samuderan-Pasai dan diikuti oleh kerajaan Acheh.Mata wang tersebut terlalu kecil saiznya dan dikedua-dua permukaan ditulis huruf-huruf Arab.
  9. Di Tanah Melayu,Sultan Muzaffar Syah(1446-1456M) adalah pemerintah negeri Melaka yang  pertama mem[erkenalkan mata wang Islam .mata wang tersebut yang diperbuat daripada emas dan timah menggunakan tulisan jawi dan takwim Islam.Ia diperkenalkan untuk memudahkan urusan perdagangan yang berkembang maju di Melaka pada masa itu.Manakala negeri kelantan mengeluarkan wang emasa yang dikenali sebagai dinar matahari.
  10. Di Brunei,mata wang diimport daripada negara-negara Timur Tengah menerusi pedagang-pedagang Arab dan Parsi.Mata wang tersebut dicetak dalam bentuk emas,perak dan tembaga dengan diatasnya terdapat tulisan Arab dan Parsi.
  11. Pengguanaan mata wang Islam adalah untuk memelihara dan menjamin perimbangan sosial dengan tujuan untuk menegakkan keadilan bagi seluruh dunia manusia.Di samping itu, diikuti oleh fungsinya sebagai bahan pertukaran dalam bentuk perdagangan.
  12. Mata wang Islam digunakan secara jelas dan bebas dari mata wang lain di dunia ini.Sebahagian besar cara dan kaedah penggunaan mata wang telah dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis.Cara utama penggunaaan mata wang Islam ialah menerusi pembayaran zakat,kharaj,jizyah dan lain-lain.

Kesimpulan

-Mata wang merupakan sebahagian daripada ciri ketamadunan Islam.Penciptaan dan = mata wang Islam adalah bertujuan menjamin perimbangan sosial dengan tujuan menegakkan keadilan bagi seluruh manusia.