Saturday, October 1, 2011

Dinar dan Dirham,Kalimah Tauhid dan Masuk Tandas

Dinar dan Dirham,Kalimah Tauhid dan Masuk Tandas.

Ramai orang berpegang kepada fatwa yang tegas melarang kalimah toyyibah dibawa ke dalam tandas, dan jika diperhatikan kesemuanya berpegang kepada hadith berikut sebagai dalil:

-حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ عَنْ هَمَّامٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ قَالَ أبو داود هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ وَإِنَّمَا يُعْرَفُ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ سَعْدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ ثُمَّ أَلْقَاهُ وَالْوَهْمُ فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ وَلَمْ يَرْوِهِ إِلا هَمَّام

terjemahan hadith dalam sunan Abi Dawud No. 19

Nasr bin Ali telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Ali al-Hanafi daripada Hammam daripada Ibnu Juraij daripada Zuhri daripada Anas, beliau berkata: “Nabi s.a.w. bila hendak masuk ke tempat sunyi (untuk qada hajat) baginda meletakkan cincinnya (di luar)”.

Sedangkan Abu Dawud sendiri mengatakan hadits ini adalah hadits mungkar. Hadits ini hanya diketahui daripada Ibnu Juraij daripada Ziyad bin Sa’d daripada Zuhri daripada Anas: “Bahawa Nabi s.a.w. telah memakai cincin perak kemudian baginda membuangnya”. ‘Waham’ dalam hadits ini berpunca dari Hammam dan tidak ada yang meriwayatkannya selain daripada Hammam.

Hujahnya, hadith ini adalah hadith dhaif, didhaifkan sendiri oleh Imam abu Dawud kerana Imam Abu Dawud sendiri telah mengatakan hadith ini hadith mungkar.

Saya sendiri berhati-hati, biasa saya tanggalkan key-chain saya dan masukkan ke dalam poket, berpegang kepada satu lagi hadith yang lebih sahih mengatakan Nabi s.a.w. menterbalikkan dan menggenggam cincin baginda bila masuk ke tandas untuk qada hajat

Wallahu'alam.

Dari Abu Alexhttp://www.facebook.com/profile.php?id=1274680259

No comments:

Post a Comment