_____________________________________
Abd Rahman Bin Rahim
Secara ilmiah apa yang tuan telah lakukan adalah seperti berikut:
Gadaian 1
harga semasa = RM203
gram = 50gm
nilai marhum = RM10,150.00
pinjaman 70% = RM7,105.00 ( emas 999 baru=35.5gm)
upah simpan =76.13 sebulan
Gadaian 2
harga semasa = RM203
gram = 35.5gm
nilai marhum = RM7,206.50
pinjaman 70% = RM5,044.55 ( emas 999 baru =25.2gm)
upah simpan =54.05 sebulan
Gadaian 3
harga semasa = RM203
gram = 25.2gm
nilai marhum = RM5,115.60
pinjaman 70% = RM3,580.92( emas 999 baru =17.9gm)
upah simpan =38.37 sebulan
Gadaian 4
harga semasa = RM203
gram = 17.9gm
nilai marhum = RM3,633.70
pinjaman 70% = RM2,543.59( emas 999 baru =12.7gm)
upah simpan =27.25 sebulan
Gadaian 5
harga semasa = RM203
gram = 12.7gm
nilai marhum = RM2,578.10
pinjaman 70% = RM1,804.67( emas 999 baru =9.0gm)
upah simpan =19.34 sebulan
Gadaian 6
harga semasa = RM203
gram = 9.0gm
nilai marhum = RM1,827.00
pinjaman 70% = RM1,278.90( emas 999 baru =6.3gm)
upah simpan =19.34 sebulan
Dari kajian kes diatas tuan mungkin berhenti pada gadaian 5. maka:
nilai emas tersimpan di ar-rahnu 100.3gm
nilai pinjaman 70% terkumpul =RM20, 078.73
upah simpan terkumpul sebulan = RM215.14
Jika ar-rahnu tuan adalah Agro Bank, maka cadangan bayaran bulanan yang disyorkan oleh pihak ar-rahnu adalah :
RM1,825.34 + RM215.14 = RM2,040.48 setiap bulan.
Pada pendapat saya jika tuan ada back-up plan yang baik, tuan tidak akan hadapi masalah. Secara peribadi cara ini hanya bagi yang mampu sahaja, kerana jika dilihat dari kira kasar diatas risikonya adalah BESAR.
Cara ini dibolehkan atau tidak, saya berpegang pada prinsip 'lebih baik dielakkan' kerana risikonya terlalu besar.
Dari sudut pandangan agama, berhutang untuk meneruskan keperluan kehidupan (samada mencari modal untuk perniagaan untuk menyara diri,membeli makanan dan pakaian dsb) adalah harus, kerana lebih baik dari meminta-minta.
Jika digunakan untuk 'berlebih-lebihan' dan dengan cara berisiko, maka akan jatuh makruh juga. Lalu jika membawa lebih kemudaratan berbanding kebaikan maka akan jatuh haram.
Sekadar menyumbang pendapat. terima kasih.
Sekadar berkongsi pendapat. wallahu alam bissawab.
No comments:
Post a Comment