Saturday, October 1, 2011

Sejarah Dinar dan Dirham

Soalan STPM-Huraikan sejarah penciptaan dan pengguanaan mata wang Islam dalam aktiviti ekonomi Islam.

Pendahuluan

  1. -Negara Islam Madinah ditubuhkan oleh Nabi Muhammad S.a.w. pada tahun 622M.Penubuhan negara Islam Madinah menandakan bermulanya cara hidup Islam yang meliputi juga sistem ekonomi Islam.Selaras dengan itu mata wang Islam turut diperkenalan Nabi Muhammads.a.w telah menggalakkan umat Islam supaya melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain.
  2. -Ekonomi Islam adalah sistem ekonomi yang berdasarkan al-Quran.Oleh itu ekonomi Islam adalah lengkap dan mampu menyelesaikan masalah keperluan kehidupan manusia.

Isi

Sejarah penciptaan dan penggunaan mata wang Islam dalam aktiviti umat Islam

-Pada zaman Jahiliah,masyarakat Arab menggunakan mata wang Parsi dan Rom iaitu wang dirham perak dan wang dinar emas.Mereka juga menggunakan mata wang Himyar yang mempunyai gambar burung hantu Attic

  1. Mata wang Islam mula dibentuk pada masa pemerintahan khalifah Umar al-Khattab(13-23H).Khalifah Umar telah mengadakan standardisasi mata wang perak.Manakala mata wang emas mereka menggunakan sistem nomisma.
  2. Khalifah Ali bin Abi Talib mengeluarkan mata wang dirham yang ditulis dengan khat Kufi.Baginda merupakan oarang pertama yang mengadakan reformasi mata wang Islam yang dilakukan di kota Basrah pada tahun 660M dengan memperkenalkan mata wang dirham Islam yang ditulis dengan khat Kufi.Pada waktu itu mata wang bar ini belum dapat diedarkan secara rasmi di pasaran disebabkan kualiti yang masih rendah dan piawainya yang belum tetap.
  3. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah,Abdul Malik bin Marwan(65-86H) telah memperkenalkan mata wang baru iaiti dinar emas dan dirham perak yang bercirikan Arab-Islam.Mata wang itu direka khas dan disesuaikan  dengan kehendak Islam dan juga menunjukkan kekuasaan Bani Umaiyah.Bentuk ukirannya ditulis dengn perkataan Allh dan juga tanda mohor khalifah.Gabenor-gabenornya turut mencetak mata wang misalnya gabenor di wilayah Iraq iaitu al-Hajjaj telah mencetak mata wang dirham,manakala gabenor Mesir,Abdul Aziz pula mencetak mata wang dinar.
  4. Mata wang dirham yang dihasilkan adalah berdasarkan timbangan mata wang emas Rom  iaitu 425 garam.Mata wang baru ini lebih ringan dan menjadi lebih popular daripada mata wang lama.Mata wang yang dihasilkan ini lebih ringan berbanding dengan mata wang emas Rom,menyebabkan ia mudah diedarkan di seluruh dunia.Ia juga dapat mengurangkan sikap bergantung kepada mata wang asing.
  5. Pada zaman itu juga wujud mata wang fals yang diperbuat daripada tembaga,di atasnya tertulis tulisan khat kufi dengan gambar patung.Mata wang ini dipercayai mata wang asing yang diubahsuai dengan ciri-ciri Islam.
  6. Pada zaman Bani Abbasiah pula,penggunaan wang dinar emas digunakan dalam perbelanjaan negara.Khalifah Abu Bakar al-Mansur(136-158H) telah memperkenalkan mata wang =   diperbuat daripada emas dan perak yang kurang bermutu untuk menggantikan mata =Umaiyah.Mata wang tersebut dikeluarkan untuk mengatasi masalah perbelanjaan negara yang semakin bertambah.Semasa pemerintahan al-Makmun(198-218H),percetakan wang diselaraskan oleh kerajaan pusat di Baghdad kerana sebelum itu ia dicetak di semua bandar besar di seluruh  dunia Islam.Selepas kejatuhan Bani Abbasiah(1258H),dinar emas terakhir dicetak tanpa menggunakkan perkataaan dinar.
  7. Di India,Sultan Muhammad Tughluq (1325-1351) telah mencipta wang kecil yang berupa wang syiling tembaga dalam usahanya untuk menwujudkan sistem kewangannya sendiri.Walau bagaimanapun usaha tersebut gagal kerana tiada kawalan ketat terhadap pengeluaran wang tersebut sehingga menyebabkan terjejasnya aktiviti perdagangan kerajaan Tughluq.
  8. Di Nusatara,mata wang Islam telah dihasilkan oelh kerajaan Samuderan-Pasai dan diikuti oleh kerajaan Acheh.Mata wang tersebut terlalu kecil saiznya dan dikedua-dua permukaan ditulis huruf-huruf Arab.
  9. Di Tanah Melayu,Sultan Muzaffar Syah(1446-1456M) adalah pemerintah negeri Melaka yang  pertama mem[erkenalkan mata wang Islam .mata wang tersebut yang diperbuat daripada emas dan timah menggunakan tulisan jawi dan takwim Islam.Ia diperkenalkan untuk memudahkan urusan perdagangan yang berkembang maju di Melaka pada masa itu.Manakala negeri kelantan mengeluarkan wang emasa yang dikenali sebagai dinar matahari.
  10. Di Brunei,mata wang diimport daripada negara-negara Timur Tengah menerusi pedagang-pedagang Arab dan Parsi.Mata wang tersebut dicetak dalam bentuk emas,perak dan tembaga dengan diatasnya terdapat tulisan Arab dan Parsi.
  11. Pengguanaan mata wang Islam adalah untuk memelihara dan menjamin perimbangan sosial dengan tujuan untuk menegakkan keadilan bagi seluruh dunia manusia.Di samping itu, diikuti oleh fungsinya sebagai bahan pertukaran dalam bentuk perdagangan.
  12. Mata wang Islam digunakan secara jelas dan bebas dari mata wang lain di dunia ini.Sebahagian besar cara dan kaedah penggunaan mata wang telah dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis.Cara utama penggunaaan mata wang Islam ialah menerusi pembayaran zakat,kharaj,jizyah dan lain-lain.

Kesimpulan

-Mata wang merupakan sebahagian daripada ciri ketamadunan Islam.Penciptaan dan = mata wang Islam adalah bertujuan menjamin perimbangan sosial dengan tujuan menegakkan keadilan bagi seluruh manusia.

No comments:

Post a Comment